Tuesday, February 16, 2016

Kemaskini Harga

Salam buat pengunjung blog HSB,

Post kali ini adalah bertujuan untuk memaklumkan bahawa bagi tahun 2016 blog HSB telah melakukan penyelarasan harga bagi menampung kenaikan harga kos bahan mentah kekabu.


Sila rujuk jadual di bawah sebagai rujukan harga baru di HSB.


Bagi pelanggan yang sudah membuat order sebelum memo ini dikeluarkan, harga adalah masih tertakluk kepada senarai harga lama.


Selamat membeli belah bersama kami dan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang sudi memberi sokongan kepada perniagaan kami. (^_^)


Senarai Harga Baru dikemaskini HSB

Tuesday, September 8, 2015

MasiH BernafaS

Salam sejahtera semua.

Lama betul dah tak update blog ni disebabkan kekangan kerja dan masa tapi jangan risau kami masih on business..hehe

Kepada yg tanya tentang update design sarung set baby tu maaf sangat-sangat sebab memang tak sempat nak snap gambar dan update dalam ni sebab kami selalunya akan tukar2 design tak sempat nak snap dh ada orang beli..Insyaallah mana yang tanya tu kalo sempat saya cuba share kat whatsapp.

Alang-alang dah update post ni saya nak share pada pembaca yang mungkin nak buat apa2 majlis dan nak buat kad jemputan boleh la singgah kat blog isteri saya ni http://rizqadesign.blogspot.my/ yang menyediakan kad2 jemputan atau kad kahwin pada harga yg sangat berpatutan. Nak tau berpatutan atau tak bolehla jenguk2 dulu link yang saya bagi tu ye Insyaallah anda berpuas hati.

Setakat itu dulu post saya kali ni semoga segala urusan kita pada hari ini dan hari mendatang akan dipermudahkan Allah. Insyaallah.

Roger n Out.





Monday, August 4, 2014

Set Tilam Baby (Design Baru/Ogos)

AssalamualaikumWBT.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua pelawat Blog HSB.
Disamping kita bergembira dalam menyambut bulan yang mulia ini marilah sama-sama juga kita doakan kesejahteraan & keselamatan kepada saudara kita di Palestin yang sedang menghadapi kezaliman rejim zionis. Mudah-mudahan saudara kita disana tabah dan tentera-tentera Allah akan beroleh kemenangan. Insyaallah.

Ok berbalik kepada entri kali ni jom kita sama-sama cuci mata dengan "design" baru Set Tilam Baby kami.
Kod : TSB001n  SOLD
Kod : TSB001p SOLD
Kod : TSB001q SOLD
Kod : TSB001r SOLD
Kod : TSB001s SOLD
Kod : TSB001t SOLD
Tilam Set Baby + Sarung RM140
Kod : TSB001
Saiz tilam 29"L x 37"P 
saiz bantal tidur 12.5"P x 8"L
saiz bantal peluk 18"P x 16"

 Tilam Set Baby (tanpa sarung) RM90
Kod : TSB002
 
Tilam Set Baby (Sarung sahaja) RM60
 
Untuk info harga baru bagi Set Tilam Baby tanpa sarung dinaikkan RM10 kerana kenaikan harga kekabu dari pembekal.
Set Tilam Baby dan Sarung juga dijual berasingan. Jika anda ingin membeli sarung sahaja sila nyatakan kod Set Tilam Baby dengan note (*sarung sahaja). Terima kasih.^_^


*Semua harga yang dipaparkan tidak temasuk kos penghantaran. Semua urusan adalah dalam Ringgit Malaysia.

Thursday, March 27, 2014

Set Tilam Baby (Design Baru)


Salam dan Selamat sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan lagi untuk bernafas sehingga ke hari ini dalam keadaan yang sihat sejahtera dan aman. Di kesempatan yang ada ini marilah sama-sama kita panjatkan doa memohon diberi perlindungan dan kesejahteraan kepada penumpang dan juga krew pesawat MAS MH370 yang masih belum ditemui sehingga ke hari ini dan juga salam takziah kepada keluarga penumpang dan krew pesawat MAS MH370. Tidak lupa juga kepada saudara muslim kita IMF529 di Mesir mudah-mudahan mereka tenang dalam menghadapi dugaan ini.

Di kesempatan ini juga kami di HSB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang telah berurusan dengan kami di atas sokongan dan kepercayaan anda kepada kami. Harap anda berpuas hati dengan servis dan produk kami.

Ok, Hari ni kami ingin promosikan design2 terbaru untuk Set Tilam Baby. Jom tengok sama-sama dan selamat membeli belah bersama kami..^_^


Kod : TSB001e SOLD
Kod : TSB001f
Kod : TSB001g SOLD
Kod : TSB001h SOLD
Kod : TSB001j SOLD
Kod : TSB001k SOLD
Kod : TSB001m SOLD
Tilam Set Baby + Sarung RM130 RM140
Kod : TSB001
Saiz tilam 29"L x 37"P 
saiz bantal tidur 12.5"P x 8"L
saiz bantal peluk 18"P x 16"

 Tilam Set Baby (tanpa sarung) RM80 RM90
Kod : TSB002

Tilam Set Baby (Sarung sahaja) RM60
Kod : TSB003

Untuk info Set Tilam Baby dan Sarung juga dijual berasingan. Jika anda ingin membeli sarung sahaja sila nyatakan kod Set Tilam Baby dengan note (*sarung sahaja). Terima kasih.^_^


*Semua harga yang dipaparkan tidak temasuk kos penghantaran. Semua urusan adalah dalam Ringgit Malaysia.

Wednesday, February 26, 2014

Tilam Kekabu "Custom Made"

Salam pembaca sekalian..

Syukur kepada Ilahi kerana masih mengurniakan nikmat hidup kepada kita semua sehingga ke saat ini. Mudah-mudahan kita semua terus memanjangkan kesyukuran kita kepadanya dengan memanfaatkan sebaik-baiknya kesempatan yang diberikan ini Insyaallah.

Ok. kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tempahan tilam kekabu "custom made" yang di order oleh Kak Ti dari Bagan Serai, Perak.

Sila lihat gambar di bawah tempahan yang dibuat oleh Kak Ti.

Tilam Kekabu " Custom Made"
Saiz tilam 58"L x 74"P 

Untuk tilam ni kami menggunakan 6kg kekabu asli atas permintaan Kak Ti sendiri yang mahukan tilam yang nipis dan tidak terlalu tebal. Terima Kasih kepada Kak Ti kerana sudi berurusan dengan kami.

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan tilam atau bantal kekabu "custom made", sila hubungi kami di talian yang tertera. ^_^

Kain songket di dalam peti
Songket dibeli dari pekan
Jika tuan berhajat di hati
Kami cuba untuk tunaikan

Saturday, February 15, 2014

Kekabu Asli "Kualiti Terbaik"

Salam..

Untuk info pembaca, selain menjual produk berasaskan kekabu kami juga menjual atau membekalkan kekabu asli secara runcit mahupun borong.

Kekabu asli kami adalah dari kualiti yang terbaik dan diproses tanpa sebarang campuran. Perbezaan antara kekabu asli 100% dan kekabu campuran boleh dilihat daripada berat mahupun kualiti kekabu itu sendiri. Kekabu campuran biasanya sedikit berketul-ketul dan lebih berat berbanding kekabu asli.

Jom tengok sendiri kat bawah ni kekabu asli kami.

  Kekabu Asli 100% RM19
Kod : KAS001
Berat 1kg/bag


Sila hubungi kami untuk dapatkan harga terendah untuk pembelian secara borong/pukal melebihi 10kg.
Terima kasih dan selamat membeli belah..^_^


*Semua harga yang dipaparkan tidak temasuk kos penghantaran. Semua urusan adalah dalam Ringgit Malaysia.

Wednesday, February 12, 2014

Bantal Kekabu Asli..

Salam kepada semua pembaca blog HSB.

Kali ni saya nak promosikan pelbagai jenis bantal kekabu asli yang dihasilkan oleh kami. Untuk pengetahuan anda semua isi bantal yang kami hasilkan ni adalah daripada 100% kekabu asli tanpa campuran dan ianya amat empuk dan tidak berketul seperti kekabu campuran. Biasanya bantal yang kami hasilkan diisi sedikit padat untuk kepuasan pembeli. Untuk info kami sedia menerima tempahan bantal mengikut saiz pilihan anda pada harga yang amat berpatutan.:-)


Bantal Kampung (normal size) RM25
Kod : BKA001
Saiz bantal, 24" Panjang x 16" Lebar


Bantal Kahwin (XL size) RM30
Kod : BKA002
Saiz bantal, 27" Panjang x 18" Lebar

Bantal Kanak2 RM20
Kod : BKA003
Saiz bantal, 22" Panjang x 14" Lebar

Bantal Peluk (L) RM35
Kod : BPK001
Saiz bantal, Ukur lilit 25" X 38.5" Panjang


Sedikit info tambahan tentang kelebihan bantal kekabu.
Kelebihan penggunaan bantal kekabu ini adalah ianya tahan lama dan setiap kali bantal anda sudah kurang empuk atau menjadi leper anda hanya perlu jemurkan bantal kekabu anda di bawah panas matahari dan Insyaallah bantal kekabu anda akan kembali empuk. Selamat membeli belah..^_^


*Semua harga yang dipaparkan tidak temasuk kos penghantaran. Semua urusan adalah dalam Ringgit Malaysia.