Salam dan selamat sejahtera,
Tentu ada di antara kita yang tertanya-tanya apa itu kekabu? macam mana rupa kekabu? dari mana asal kekabu? dan macam-macam lagi la dan mungkin juga ada yang tak pernah dengar langsung perkataan kekabu ni kan.
Ok jadi hari ni saya nak terangkan serba sedikit tentang kekabu ni. Pokok kekabu atau kapok yang nama saintifiknya Ceiba pentandra ni berasal dari Mexico, Amerika Tengah, Carribbean, Amerika Selatan dan Afrika Barat. Tapi kini ia tumbuh melata di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.
Pokok Kekabu
Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Pada mulanya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih (Simpson & Ogorzaly 1988).
Kekabu Muda
Gentian kekabu sepanjang antara 10-35mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan (Vaughan 1970).
Kekabu siap proses
Bantal Kekabu
Ok dan itulah serba sedikit penerangan tentang kekabu. Harap penerangan yang ringkas ini dapat memberikan tidak banyak sedikit gambaran kepada anda semua tentang kekabu. Anda boleh juga baca/kaji sendiri dengan lebih mendalam tentang kekabu ni di google/wikipedia atau apa saja enjin carian yang ada di internet.
Terima Kasih ^_^.
Kredit kepada : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kekabu , http://kekabukekabu.blogspot.com/


















