Wednesday, February 26, 2014

Tilam Kekabu "Custom Made"

Salam pembaca sekalian..

Syukur kepada Ilahi kerana masih mengurniakan nikmat hidup kepada kita semua sehingga ke saat ini. Mudah-mudahan kita semua terus memanjangkan kesyukuran kita kepadanya dengan memanfaatkan sebaik-baiknya kesempatan yang diberikan ini Insyaallah.

Ok. kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tempahan tilam kekabu "custom made" yang di order oleh Kak Ti dari Bagan Serai, Perak.

Sila lihat gambar di bawah tempahan yang dibuat oleh Kak Ti.

Tilam Kekabu " Custom Made"
Saiz tilam 58"L x 74"P 

Untuk tilam ni kami menggunakan 6kg kekabu asli atas permintaan Kak Ti sendiri yang mahukan tilam yang nipis dan tidak terlalu tebal. Terima Kasih kepada Kak Ti kerana sudi berurusan dengan kami.

Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan tilam atau bantal kekabu "custom made", sila hubungi kami di talian yang tertera. ^_^

Kain songket di dalam peti
Songket dibeli dari pekan
Jika tuan berhajat di hati
Kami cuba untuk tunaikan

Saturday, February 15, 2014

Kekabu Asli "Kualiti Terbaik"

Salam..

Untuk info pembaca, selain menjual produk berasaskan kekabu kami juga menjual atau membekalkan kekabu asli secara runcit mahupun borong.

Kekabu asli kami adalah dari kualiti yang terbaik dan diproses tanpa sebarang campuran. Perbezaan antara kekabu asli 100% dan kekabu campuran boleh dilihat daripada berat mahupun kualiti kekabu itu sendiri. Kekabu campuran biasanya sedikit berketul-ketul dan lebih berat berbanding kekabu asli.

Jom tengok sendiri kat bawah ni kekabu asli kami.

  Kekabu Asli 100% RM19
Kod : KAS001
Berat 1kg/bag


Sila hubungi kami untuk dapatkan harga terendah untuk pembelian secara borong/pukal melebihi 10kg.
Terima kasih dan selamat membeli belah..^_^


*Semua harga yang dipaparkan tidak temasuk kos penghantaran. Semua urusan adalah dalam Ringgit Malaysia.

Wednesday, February 12, 2014

Bantal Kekabu Asli..

Salam kepada semua pembaca blog HSB.

Kali ni saya nak promosikan pelbagai jenis bantal kekabu asli yang dihasilkan oleh kami. Untuk pengetahuan anda semua isi bantal yang kami hasilkan ni adalah daripada 100% kekabu asli tanpa campuran dan ianya amat empuk dan tidak berketul seperti kekabu campuran. Biasanya bantal yang kami hasilkan diisi sedikit padat untuk kepuasan pembeli. Untuk info kami sedia menerima tempahan bantal mengikut saiz pilihan anda pada harga yang amat berpatutan.:-)


Bantal Kampung (normal size) RM25
Kod : BKA001
Saiz bantal, 24" Panjang x 16" Lebar


Bantal Kahwin (XL size) RM30
Kod : BKA002
Saiz bantal, 27" Panjang x 18" Lebar

Bantal Kanak2 RM20
Kod : BKA003
Saiz bantal, 22" Panjang x 14" Lebar

Bantal Peluk (L) RM35
Kod : BPK001
Saiz bantal, Ukur lilit 25" X 38.5" Panjang


Sedikit info tambahan tentang kelebihan bantal kekabu.
Kelebihan penggunaan bantal kekabu ini adalah ianya tahan lama dan setiap kali bantal anda sudah kurang empuk atau menjadi leper anda hanya perlu jemurkan bantal kekabu anda di bawah panas matahari dan Insyaallah bantal kekabu anda akan kembali empuk. Selamat membeli belah..^_^


*Semua harga yang dipaparkan tidak temasuk kos penghantaran. Semua urusan adalah dalam Ringgit Malaysia.

Monday, February 10, 2014

Tilam Set Baby..

Salam dan selamat sejahtera.

Ok lama dah tak meng "update" blog ni. Hari ni Blog HSB nak promosikan Tilam Set Baby pada anda. Tilam Set Baby kami menggunakan 100% kekabu asli tanpa sebarang campuran. Kualiti kekabu yang kami gunakan adalah yang terbaik. Harga yang kami tawarkan juga adalah antara yang terendah di pasaran.
Jom check it out..


Kod : TSB001a
Kod : TSB001b   SOLD
Kod : TSB001c SOLD
Kod : TSB001d SOLD
 Tilam Set Baby + Sarung RM130 RM140
Kod : TSB001
Saiz tilam 29"L x 37"P 
saiz bantal tidur 12.5"P x 8"L
saiz bantal peluk 18"P x 16"


Bagi ibu bapa yang kreatif dan mahu menjahit sendiri sarung Tilam Set Baby si kecil anda kami juga menjual Tilam Set Baby ini tanpa sarung dengan harga yang amat berpatutan :-). 

 Tilam Set Baby (tanpa sarung) RM80 RM90
Kod : TSB002

Kod : TSB003a SOLD
Kod : TSB003b SOLD
Kod : TSB003c SOLD
Tilam Set Baby (Sarung sahaja) RM60
Kod : TSB003


Pelbagai corak pilihan sarung boleh dipilih mengikut citarasa anda. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami terus di talian yang tertera. Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog HSB dan selamat membeli belah bersama kami.. ^_^


*Semua harga yang dipaparkan tidak temasuk kos penghantaran. Semua urusan adalah dalam Ringgit Malaysia.

Thursday, September 26, 2013

Kekabu??

Salam dan selamat sejahtera,

Tentu ada di antara kita yang tertanya-tanya apa itu kekabu? macam mana rupa kekabu? dari mana asal kekabu? dan macam-macam lagi la dan mungkin juga ada yang tak pernah dengar langsung perkataan kekabu ni kan.

Ok jadi hari ni saya nak terangkan serba sedikit tentang kekabu ni. Pokok kekabu atau kapok yang nama saintifiknya Ceiba pentandra ni berasal dari Mexico, Amerika Tengah, Carribbean, Amerika Selatan dan Afrika Barat. Tapi kini ia tumbuh melata di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Pokok Kekabu


Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Pada mulanya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih (Simpson & Ogorzaly 1988).


 Kekabu Muda

Kekabu Matang

Gentian kekabu sepanjang antara 10-35mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan (Vaughan 1970). 

Kekabu siap proses


Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa. Sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.


Bantal Kekabu


Ok dan itulah serba sedikit penerangan tentang kekabu. Harap penerangan yang ringkas ini dapat memberikan tidak banyak sedikit gambaran kepada anda semua tentang kekabu. Anda boleh juga baca/kaji sendiri dengan lebih mendalam tentang kekabu ni di google/wikipedia atau apa saja enjin carian yang ada di internet.

Terima Kasih ^_^.

Wednesday, September 25, 2013

Modification/pengubahsuaian

Salam dan selamat sejahtera,

Syukur pada Ilahi, blog HomeSweetBedroom (HSB) kini sudah mengalami sedikit pengubahsuaian dan akan mula beroperasi dalam masa terdekat.

selepas ini langkah demi langkah akan terus diambil demi kemudahan pelawat-pelawat blog HSB.

sekarang sedang dalam proses menyiapkan katalog dan gambar-gambar untuk diupload ke dalam blog.

Mohon segalanya dipermudahkan.aminn.




Tuesday, September 24, 2013

Who am I?

Salam,

Selamat sejahtera dan salam perkenalan dari saya. 

Merujuk tajuk entri saya kali ini, saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya dan blog saya "home_sweet_bedroom".

Saya berasal dari utara tanah air, memiliki diploma dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang senibina. Sudah berkahwin dan mempunyai pekerjaan tetap.

"Home_Sweet_Bedroom" adalah blog pertama saya yang menjadi tapak atau langkah pertama saya dalam bidang perniagaan online. Secara amnya saya mahu mempromosikan barangan berasaskan kekabu asli dari perniagaan keluarga saya.

sebagai seorang yang masih baru/junior saya mengharapkan sokongan dari semua pengguna alam maya dalam mengorak langkah lebih jauh lagi dalam bidang ini.

Di sini saya ingin sampaikan pernghargaan buat isteri tercinta yang telah menjadi pendorong dan banyak memberikan sokongan dalam proses memulakan blog ini dan tak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang tanpa mereka saya tidak akan berada di sini.


Terima Kasih dan Wassalam.




Selamat Datang.Welcome ^_^

Salam semua. Hai. Ini blog baru saya, ini adalah ruang pertama saya

Selamat Datang!