Tuesday, September 24, 2013

Who am I?

Salam,

Selamat sejahtera dan salam perkenalan dari saya. 

Merujuk tajuk entri saya kali ini, saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya dan blog saya "home_sweet_bedroom".

Saya berasal dari utara tanah air, memiliki diploma dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang senibina. Sudah berkahwin dan mempunyai pekerjaan tetap.

"Home_Sweet_Bedroom" adalah blog pertama saya yang menjadi tapak atau langkah pertama saya dalam bidang perniagaan online. Secara amnya saya mahu mempromosikan barangan berasaskan kekabu asli dari perniagaan keluarga saya.

sebagai seorang yang masih baru/junior saya mengharapkan sokongan dari semua pengguna alam maya dalam mengorak langkah lebih jauh lagi dalam bidang ini.

Di sini saya ingin sampaikan pernghargaan buat isteri tercinta yang telah menjadi pendorong dan banyak memberikan sokongan dalam proses memulakan blog ini dan tak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang tanpa mereka saya tidak akan berada di sini.


Terima Kasih dan Wassalam.




4 comments:

Jangan lupa tinggalkan komen ye ^_^